Perniagaan Fotografi

perniagaan fotografi

Terasa seperti nak beli Iphone pulak…

Salam…

Entah kenapa aku rasa cam nak beli Iphone pulak sekarang ni…btul ker Iphone is the future of Mobile Phone ?

Tapi bila tengok video ni aku dah tak jadi beli pulak… Tengok Dopod pun ok jugak….Hmm entah ler..

Tapi bila aku fikir-fikir balik, buat apa lah dibazirkan wang sedemikian rupa kerana wang jika disimpan, ia akan bertambah-tambah juga ( kalo kena cara ) tapi bila beli barang…pakai sekali dua dah nak buang…baik aku simpan

lantaklah orang nak cakap aku kedekut ke ape ke , taik idung masin ke tapi yang penting wang tetap wang…teringat dulu semasa belajar di UKM, duit loan tu toksah cakap ler… duit…duit

sekali masuk, tu dia RM3500 kat depan mata….toksah cakap le, kalo duit dah ada banyak camtu pastu buku jutawan dari planet jupiter pun tak keluar lagi masa tu, mana ingat nak simpan duit yer tak ? sebab itulah, aku sekarang kalo gi mana-mana pun sangat beringat nak wat keluar duit ni…. bukan apa, aku pernah melalui betapa peritnya

makan nasi dengan sardin selama sebulan ( sardin yang paling murah, kongsi makan ramai2 satu rumah sewa )

aku tak perlukan banyak pengalaman, cuma satu aje pun sudah membuatkan aku berfikir 10 kali untuk membeli-belah hatta satu barang yang sangat murah sekalipun….

Entahlah..

Bila orang mula serbu laman web dan membeli

Pernahkah anda mengalami perkara-perkara berikut ?

setiap setengah jam anda menerima SMS dan panggilan dari prospek bertanyakan produk

saya mengalaminya minggu ini dan serius saya penat melayan mereka, sampaikan saya masuk ke bilik air nak buang air besar pun saya terpaksa bawak handphone bersama..Tahun lepas lagi kelakar, saya mandi shower sambil tu saya kena jawab call customer…

Saya pun tidak tahu, kenapa pola customer saya begini

pagi lengang, tengah hari menggila, petang menggila …malam lengang ( nasib baik kalo tak memang sah saya akan jadi mereng, apa taknya kalo nak tido pun orang dok call tanya produk )

Oh ya… dan saya perasan jika kita ubah sales letter , jualan akan turut berubah…Makin bernilai value yang kita offer, maka makin meningkat sales…

Bila kita tetapkan satu tarikh tamat promosi harga istimewa, prospek akan menggelabah dan mula membeli

Bila kita letakkan no telefon dan gambar, dan kita encourage pulak mereka call kita ( siapa awak ? saya tak kenal, nape saya nak beli dari awak ? )…

Banyak jugak le ye…ini baru pasaran Malaysia, belum masuk pasaran US ke UK ke..lagi haru kan, manalah tahu email kita masuk masa kita tengah tido, depa pulak expect kita reply cepat email tu….parah jugak le…tapi apa apa pun satu sahaja yang saya nak kata kat sini

Internet Marketing memang best !

Bila pihak berkuasa mula keliru tentang skim cepat kaya

Assalamualaikum…

Alahai, kes minggu ni berlaku di wangcyber.com. Memang tak sepatutnya berlaku, kelakar pun ada…ada ke patut, forum wangcyber.com dan bicarajutawan.com di klasifikasikan sebagai forum SKIM CEPAT KAYA ?

Yang mengeluarkan fakta salah itu pula merupakan antara badan yang dihormati dan dianggap autoriti dalam ICT di Malaysia…Buat malu aje, kalau sayalah yang menulis fakta tu, cepat2 akan mintak maaf dan perbetulkan balik kerana ia melibatkan maruah dan kredibiliti wangcyber.com sendiri…

Inilah masalahnya di Malaysia, macam buah machang..dari luar nampak cantik, tapi kat dalam berulat, hanya yang faham akan tahu masalah ini sebenarnya.. Kita banyak cover , nak cover itu, cover ini tetapi lama-kelamaan bau bangkai akan sampai ke hidung juga…

Itulah kenapa, saya tidak rasa hairan…Kenapa MSC dianggap gagal dan Mat Salleh pandang MSC dengan sebelah mata sahaja…Tiada syarikat tempatan yang berani bersaing diluar negara, tiada produk ICTL pun…. Saya pun hairan, staff-staff yang diambil bekerja ni kroni je ke, masuk kerja semata-mata untuk makan gaji buta ? Atau sebab ada kaitan politik di belakang tabir ? Wah, saya dah bunyi macam pembangkang ni… silap-silap kan keluar seorang lagi bloggers yang kontroversi..huhuhu….

tapi memang respek ahh dengan zaizen…dia punya design skill tu mmg cantik dan kemas.. untuk ini, saya dengan bangganya meletakkan banner KEMPEN CELIK INTERNET… Semoga kawan-kawan yang lain sama-sama menyokong member kita ni…tak rugi pun..ini merupakan sahutan kita terhadap apa yang kita benci selama ini, iaitu SKIM CEPAT KAYA..

Oh ya…cantik tak keta ni ..?? hehe, layannnn….jap

Rahsia pemakanan genius-genius Islam

Rahsia pemakanan genius-genius Islam
Hari ni saya mendapat satu email yang menerangkan rahsia pemakanan genius-genius Islam
Saya harap dapat berkongsinya bersama kawan-kawan yang lain di sini
Bahan Umum Oleh benmoktar

“Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang
menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula
ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam
bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab
dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada
usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum.
Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan
Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji
keabsahan formula ini.

Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang
membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu,
madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan
genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya
meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran
mengiktirafkannya sebagai “shifa’” iaitu penyembuh
penyakit. Manisan madu digelar “Raja Ubat”, dapat
menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan
untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi
pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik
dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan
mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat
galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus,
zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium),
kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk
memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental.
Rasullullah s.a.w bersabda, “Siapa ingin hafal,
hendaklah ia minum manisan madu”. Madu didapati
berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di
mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak
seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan
madu. Sangat merbahaya !

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk
membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang
mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen
menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab
dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca “Bismillah” dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak
berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan
ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu
mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak
dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan
dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan
berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang
amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak,
protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia
berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan
penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w
menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi
akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit
lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah
susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu
hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan
malam
ii)Baca “Bismillah” dan doa minum susu seperti yang
dibaca oleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan
menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli
kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap
dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral,
vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium,
sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan
bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, “Sesungguhnya
seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana
dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya
supaya memakan telur”. Telur terutama telur kuning,
berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal
dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur
ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh
dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia
yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan
mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan
menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w.
Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, “Barangsiapa
yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya
Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

 8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan
Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak,
kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk
meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah
ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang
diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap
lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam
yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi
gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap
mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi.
Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat
meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu
Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan
daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja
berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai
jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental
dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang
soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio
dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan
kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang
pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar
genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka.
Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA’FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja.
Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah
kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal.
Sabda Nabi s.a.w., “Makanlah labu kerana ia
mencerdaskan akal”. Baginda juga berkata, “Jika kamu
membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke
dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan
akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam
kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori

Pesanan Dr. Fadhilah Kamsah

 Assalamualaikum wbt kepada semua…

Hari ini saya mendapat satu email dari sahabat yang menyentuh hati saya. Iyerlah, dalam sibuk kita berbisnes, ada eloknya juga kita muhasabah diri dan tidak terlalu sibuk menguruskan urusan dunia sahaja…Kita berkongsi bersama-sama..

Pesanan Dr.Fadhilah Kamsah
 
Assalammualaikum……

Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen(sisa-sisa) nasik yang dia makan …dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen … tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ..

Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan …either belen makanan mak atau abah … tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan… kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain … samada kami perasan atau tidak ….so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak …

Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri …arwah tok perempuan kami lah sebelah abah …mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak…dan saya sendiri akui kesannya ….makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..

Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu..jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok …jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak… samalah ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ..dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka-mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka … solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib … kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam … kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat… ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang …

Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali …tak caya try buat …solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib … dapat semua waktu lagi baik …sangat besar ‘rahsia’ dan peranan dapur rupa-rupanya…dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.

“Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita”.

Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya,terlalu! So,it’s good if we can remind each other because in Rasulullah’s last sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly…

Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you’ll lose nothing.

Wallahu A’lam…

Filem melayu dulu, Filem melayu sekarang

Saya terpanggil untuk menulis tajuk ni kerana mengenang kembali filem-filem zaman dulu yang sentiasa segar dalam ingatan… IMHO, agak susah untuk kita dapat tonton filem-filem sebegini lagi, i mean dari perspektif jalan cerita dan tahap ‘penyentuhan’ jiwa….Filem-filem melayu sekarang, pada saya ada lacking sesuatu tetapi saya pun tak tahu apakah benda yang lack tu…

enjoy..

kenangan lalu tidak mudah untuk hilang begitu sahaja…

Alang telah membuktikan pendapatan 5 angka hanya berada di rumah sahaja

Alang telah membuktikan pendapatan 5 angka hanya berada di rumah sahaja…

alang

kisah sepenuhnya di :

Semoga menjadi inspirasi kepada usahawan-usahawan siber lain untuk berjaya

Menjalankan perniagaan sambil bekerja…Cabarannya..

Assalamualaikum wbt

Saya terpanggil untuk menulis berkenaan hal ini kerana saya juga adalah kategori semi-entrepenuer. Memang mencabar rasanya, bekerja sambil berniaga, lebih-lebih lagi di usia yang masih muda dan masih hijau umur. Kedua-duanya memang memang memerlukan saya membahagikan masa dengan bijak dan membuat budget dengan teliti setiap bulan. Tetapi mujurlah, saya memang sukakan internet.

Saya masih ingat ketika kecil dulu, hadiah UPSR yang amat saya inginkan adalah sebuah PC , berjenama apple ( saya dah tak ingat model apa ) yang saya ingat , model itu ada sepasang speaker di tepi monitor.. Punyalah merajuk sebab permintaan saya tak ditunaikan, habis almari diconteng ( lukis sebuah PC besar2 kat almari sebab mogok tak dapat hadiah tu ) …

Bila teringat balik rasa kelakar pulak , tapi mungkin inilah orang kat sebab-akibat…dan minat… Oleh kerana minatlah saya sanggup berhabisan demi PC dan internet, kadangkala duit tu macam kertas aje…Dalam hati, saya kuatkan semangat jugak, mengatakan ia adalah pelaburan/investment…

Sama juga, ketika ke MPH untuk beli buku, kadangkala kerana ilmu kita tak hirau dah belanja banyak mana asalkan tercapai apa yang kita nak, kan ? Teringat pula pada Abang X dan Score-A program…dan teringat pulak mak di kampung yang baru sahaja membeli satu set ensiklopedia ( betul ke eja tu ) lengkap Grolier,…

Tengok harga pun dah RM2000 lebih, dalam hati saya berkata ‘ Pergh, berapalah agaknya salesman tu dapat komisen yer ? ‘ Rasa rugi pulak tak join Grolier masa praktikal mengajar di Rusila dulu, rasanya paling hancing pun RM500 lebih tu…

Dan begitulah, peluang datang dan pergi…datang dan pergi ibarat angin….ibarat sebuah keretapi yang berhenti setiap kali sampai di stesennya, kemudian keretapi tersebut akan teruskan kembali perjalanan.

Apakah cabaran bekerja sambil berniaga

Rasanya cabaran utama adalah untuk berlaku adil kepada keduanya, tidak berat sebelah…Saya biasa tengok, orang yang bekerja makan gaji tapi menggunakan peralatan-peralatan kerajaan macam harta perniagaannya, guna PC,guna Fax , guna printer… Macam daif sangat ke sampai tak boleh pakai kelengkapan2 tu sendiri, sampaikan harta-harta kerajaan turut menjadi korban. Bisnes maju tapi on the same time, rakan sekerja dan boss pun tak berapa suka sebab kit meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya kan…Itu belum masuk berhutang dengan rakan sepejabat kerana nak uruskan perniagaan, tidak masuk lagi yang masuk keja lewat kerana terpaksa hantar sayur dulu ke kedai,  dan banyak lagilah…malah ada yang sanggup balik ke rumah semasa waktu rehat untuk menyiram bunga bonsai kesayangan, yang bakal dijual.

Tapi ada juga yang saya respek…nantilah kat posting seterusnya, kita sama-sama sharing..

Jutawan Internet Fione Tan yang sempoi

Jutawan Internet Fione Tan sememangnya seorang yang sangat simple dan sempoi. Pada usia yang begitu muda, beliau sudahpun mempunyai sebuah perniagaan online yang sangat membanggakan. Perniagaan internet yang dijalankan olehnya sangat diversifi dan bermula ketika rata-rata rakyat Malaysia masih belum kenal lagi potensi internet sebagai medium pendapatan kedua. Anda boleh melihat video ini yang menunjukkan temuramah ekslusif bersama beliau

Next Page »

My Zimbio
Top Stories Business blogs sabul Bleach Anime Online