Bayi dilahirkan menyerupai ular

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian,

Kejadian ini benar2 berlaku di Makkah…..member office pergi ke Makkah
menunaikan Umrah. Bertolak 10 Jun 2007 dan pulang ke Malaysia 27 Jun
2007.

Ceritanya berlaku kat hospital Makkah. Ibu malang ini telah mempunyai 2
orang anak perempuan dan mengandungkan anak ketiganya yang menurut kata
doctor anak itu juga seorang perempuan. Memandangkan ibu itu sudah
mempunyai 2 anak perempuan jadi dia teringin pula anak lelaki. Oleh
kerana doctor mengatakan anak yang dikandungnya adalah perempuan, dia
merasa sedih dan setiap kali orang tanyakan kandungannya lelaki ke
perempuan (semasa dia mengandung) dengan berseloroh dia menjawab dia mengandungkan anak ular.

Tiba hari yang ditentukan Allah untuk dia melahirkan bayi di dalam
kandungannya itu, maka dia telah melahirkan anak yang menyerupai wajah
ular. Subhanallah. Nauzubillah….

video pelik dan kisah seram

Lihatlah gambar yang dirakamkan ini…..Wallahu’alam..

ImageShack - Hosting :: makkahhospitalfh8.flv

wallahualam..

Perniagaan internet lawan skim cepat dot dot dot

Perniagaan internet

Perniagaan internet lawan skim cepat dot dot dot ? hmm..skim apa ya ? macam pernah kudengar skim apa tapi tak mengapalah, sekarang ramai pengusaha skim cepat dot dot dot ni dah ketakutan dan tak berani lagi ‘beriklan’..

Sebuah video yang ‘best’ dari John Reese…Siapa John Reese ? Dalam masa 72 jam, John Reese, tokoh tersohor internet marketing di USA telah berjaya membuat jualan internet bernilai jutaan dollar pada 2004 , dengan menjual produk killer beliau iaitu traffic secrets..malah saya juga memiliki beberapa video dari DVD traffic secrets dan serius, tak nyesal…tak nyesal…kalau nak bercerita tentang John Reese, mungkin akan memboringkan anda jadi apa kata, anda cuba kaji dan analisis otai John Reese dan belajar daripada beliau, cara-cara membina sebuah empayar perniagaan internet yang bernilai jutaan dollar setahun…

John Reese tahu apa yang dikatakan dan contoh terbaik untuk dijadikan idola…idola saya juga selepas corey rudl..hehe..enjoy..

Build business not moneymaker

Perniagaan internet dan ikan

Perniagaan internet dan ikan ? apa hubungannya…Oh, jangan panik..

Pernah tak anda dengar perumpamaan ini.. Seekor ikan besar di kolam kecil adalah lebih baik berbanding seekor ikan kecil di dalam kolam yang besar.. Ia merujuk kepada niche anda, niche saya dan niche sesiapa sahaja yang menceburi bidang perniagaan internet…Analogi mudah ?

Seekor ikan besar di kolam kecil

Anda seorang pakar matematik di sekolah dan menemui beberapa formula menjawab soalan yang terbukti berkesan. Anda pun buat ebook dan video, then promote produk tersebut. Hasilnya, jualan dapat dilakukan dan anda mendapat pulangan tanpa perlu bersaing dengan sesiapapun.

Seekor ikan kecil di kolam besar

Anda membeli ebook how to make money online, dan translate ke dalam BM dan buat ebook + video. Anda pun mulalah promosikan ebook anda dan guess what happen ? no one respond, jika ada pun ciput aje pulangannya….ada beribu2 orang lagi di luar sana menjual produk yang sama dan lebih baik dari anda…Anda beratus-ratus guru dan pakar yang jauh lebih advance dan diyakini berbanding anda yang baru sahaja berjinak-jinak di bidang ini.

Jadi sudahkah anda nampak konsep ikan ini dalam perniagaan internet ? Mudah-mudahan anda mendapat idea dan berfikir luar kotak, tidak hanya fokus untuk menjual produk jana wang sahaja…Ingat, masa itu emas….2 minggu masa anda siapkan projek ‘ikan besar di kolam kecil’ tidak sama dengan masa 2 minggu menyiapkan projek ‘ikan kecil di kolam besar’..

Fikir-fikirkanlah.. terdapat beratus-ratus lagi niche di Malaysia yang masih ‘Dara’ dan belum diusik…Jangan biarkan orang lain memonopolinya dahulu, cepat ambil tindakan dan yakin kepada diri anda sendiri.. ok, jom layan video Dewa ni..sedap !!

Rileks jap dari bisnes online

Hi pekabo ?

Adoii, pening saya minggu ni sebab 10 blog saya belum lagi index di MSN , saya dah kaji trafik di sana yg nampak promising, dan kurang competiton….bila la nak index ni wahai MSN oii…tensen

baik saya dengar lagu dewi jap..kawan-kawan, jom layan !!

Usahawan Koyal

Hi assalamualaikum wbt,

Hmm…hari ni saya cuba mengupas satu senario yang berlaku di negara kita yang mana, telah meletus satu fenomena yang dinamakan fenomena ‘usahawan koyal’

usahawan koyal ? apa benda tu ? ohoo, koyal tu maksudnya suka berfantasi dan suka berkhayal

koyal = khayal

jadi kalau saya terjemahkan dalam bahasa luar, maknanya usahawan khayal

usahawan khayal ni, suka berkhayal. Kita tengok penulisan dia sahaja kita dah tahu dia koyal atau tidak..mana taknya, lebih HYPE daripada benar. Lebih kuah daripada sudu.

Antara ciri-ciri koyal -

1. suka tengok wajah sendiri di cermin, jika berjalan di mana-mana dia akan melihat pada cermin kereta dan lihat tahap kehenseman dan kecantikan diri sendiri

2. Suka cakap besar dan membanggakan diri tanpa di sedari, orang tegur pun dia buat tak tahu dan buat dek aje

3. Koyal dapat juta-juta dari kempen dan promosi yang dijalankan walhak yang dapat ciput aje…kalau dia dedahkan income sebenar malulah dia sebab sebelum ni dia cakap dia dapat banyak…. orang cakap, besar peluru daripada bedil

Saya harap kita semua tidak mudah jadi koyal dan berpijak di bumi yang nyata. Rezeki ada dimana-mana dan Allah tidak suka akan insan yang bongkak dengan ilmu

ya bongkak dengan ilmu :

contohnya si A, pandai buat A dan bila dah pandai, cara cakap pun dah lain sebab nak tunjuk terer dan tunjuk authority..

Ingatlahm ilmu itu dari Allah dan bila-bila masa sahaja ilmu tu akan ditarik balik….Usah kerana ilmu, kita menjadi bongkak dan sombong serta bersifat double standard.

makna daouble standard di sini ialah kita hanya berkawan dan ‘geng’ dengan orang2 yang tahu dan pakar sahaja…Islam ada ke menyuruh kita berbuat demikian ?

My Zimbio
Top Stories Business blogs sabul Bleach Anime Online