Honda Accord LX 1996 - Hadiah IM untuk saya
Saya baru sahaja membeli sebuah kereta second hand Honda Accord LX 1996 minggu ini . InsyaAllah isnin ni saya dah boleh gi amik di Ipoh. Mungkin kepada sesetengah orang, Honda ini bukanlah sesuatu yang ‘grand’ atau ‘hebat’ tapi bagi saya, walaupun ianya model lama Accord tapi dari segi pemanduan dan keselesaaan, Accord LX 1996 memang mengatasi beberapa kereta buatan tempatan yang ada di pasaran sekarang.
Inilah antara reward yang saya berikan pada diri sendiri setelah hampir 3 tahun menjalankan perniagaan internet. Bukan tanak amik kereta baru, cuma saya ada sentimental value bersama Accord LX ini . Dengan duit muka sebanyak RM10k dan installment sebanyak RM600 setiap bulan, saya sudah lebih daripada berpuas hati. Cuma Honda Accord ini memerlukan penjagaan intensif dari pemandu kerana apabila sudah melebihi 150 km, ianya akan mula meragam. Saya memerlukan sebanyak Rm20k lagi untuk persediaan merawat kembali Accord tersebut, dan apa yang saya nampak sekarang ialah supaya terus ke pakar HONDA dan menjalankan servis sebelum memakai..
Untuk memakai Honda, dari pembacaan dan pemerhatian saya, kita perlulah menjaga :
- Timing Belt
- Alternator
- Pam Air
- Radiator
- Full Sintetic Oil
- Bateri
Dan sudah pasti apabila memakai Honda, tidak akan lari daripada 1001 masalah maintainance kereta tu..
Oh ya, sekiranya pembaca ada memakai Honda , tidak kiralah Civic atau Accord, bolehlah meninggalkan komen…Sama-sama kongsi pengalaman..

Posted May 3, 2008
Comments(0)
