Menjalankan perniagaan sambil bekerja…Cabarannya..

Assalamualaikum wbt

Saya terpanggil untuk menulis berkenaan hal ini kerana saya juga adalah kategori semi-entrepenuer. Memang mencabar rasanya, bekerja sambil berniaga, lebih-lebih lagi di usia yang masih muda dan masih hijau umur. Kedua-duanya memang memang memerlukan saya membahagikan masa dengan bijak dan membuat budget dengan teliti setiap bulan. Tetapi mujurlah, saya memang sukakan internet.

Saya masih ingat ketika kecil dulu, hadiah UPSR yang amat saya inginkan adalah sebuah PC , berjenama apple ( saya dah tak ingat model apa ) yang saya ingat , model itu ada sepasang speaker di tepi monitor.. Punyalah merajuk sebab permintaan saya tak ditunaikan, habis almari diconteng ( lukis sebuah PC besar2 kat almari sebab mogok tak dapat hadiah tu ) …

Bila teringat balik rasa kelakar pulak , tapi mungkin inilah orang kat sebab-akibat…dan minat… Oleh kerana minatlah saya sanggup berhabisan demi PC dan internet, kadangkala duit tu macam kertas aje…Dalam hati, saya kuatkan semangat jugak, mengatakan ia adalah pelaburan/investment…

Sama juga, ketika ke MPH untuk beli buku, kadangkala kerana ilmu kita tak hirau dah belanja banyak mana asalkan tercapai apa yang kita nak, kan ? Teringat pula pada Abang X dan Score-A program…dan teringat pulak mak di kampung yang baru sahaja membeli satu set ensiklopedia ( betul ke eja tu ) lengkap Grolier,…

Tengok harga pun dah RM2000 lebih, dalam hati saya berkata ‘ Pergh, berapalah agaknya salesman tu dapat komisen yer ? ‘ Rasa rugi pulak tak join Grolier masa praktikal mengajar di Rusila dulu, rasanya paling hancing pun RM500 lebih tu…

Dan begitulah, peluang datang dan pergi…datang dan pergi ibarat angin….ibarat sebuah keretapi yang berhenti setiap kali sampai di stesennya, kemudian keretapi tersebut akan teruskan kembali perjalanan.

Apakah cabaran bekerja sambil berniaga

Rasanya cabaran utama adalah untuk berlaku adil kepada keduanya, tidak berat sebelah…Saya biasa tengok, orang yang bekerja makan gaji tapi menggunakan peralatan-peralatan kerajaan macam harta perniagaannya, guna PC,guna Fax , guna printer… Macam daif sangat ke sampai tak boleh pakai kelengkapan2 tu sendiri, sampaikan harta-harta kerajaan turut menjadi korban. Bisnes maju tapi on the same time, rakan sekerja dan boss pun tak berapa suka sebab kit meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya kan…Itu belum masuk berhutang dengan rakan sepejabat kerana nak uruskan perniagaan, tidak masuk lagi yang masuk keja lewat kerana terpaksa hantar sayur dulu ke kedai,  dan banyak lagilah…malah ada yang sanggup balik ke rumah semasa waktu rehat untuk menyiram bunga bonsai kesayangan, yang bakal dijual.

Tapi ada juga yang saya respek…nantilah kat posting seterusnya, kita sama-sama sharing..

Jutawan Internet Fione Tan yang sempoi

Jutawan Internet Fione Tan sememangnya seorang yang sangat simple dan sempoi. Pada usia yang begitu muda, beliau sudahpun mempunyai sebuah perniagaan online yang sangat membanggakan. Perniagaan internet yang dijalankan olehnya sangat diversifi dan bermula ketika rata-rata rakyat Malaysia masih belum kenal lagi potensi internet sebagai medium pendapatan kedua. Anda boleh melihat video ini yang menunjukkan temuramah ekslusif bersama beliau

Optimisasi Wordpress Dengan Betul

Jika anda mahu memulakan sebuah blog wordpress, anda perlu lihat video ringkas ini. Ia menerangkan serba sedikit strategi awal untuk mereka bentuk tema wordpress anda sehinggalah kepada cara menjana trafik yang banyak ke blog wordpress tersebut. Katakan anda ingin membuat blog mengenai tema melayu, maka langkah pertama sudah tentulah dengan membuat sedikit kajian keywords di overture atau di wordtracker. Kata-kata kunci yang mempunyai carian yang tinggi akan menandakan bahawa ramai orang sedang mencari maklumat mengenainya. Dan tugas anda ialah memberikan maklumat-maklumat tersebut kepada pelawat dan di situlah nanti anda akan berpeluang untuk menjana pendapatan tambahan. Kata-kata kunci seperti melayu boleh, melayu, perniagaan, blogger, perniagaan internet dan sebagainya adalah antara kata-kata kunci yang mempunyai carian tinggi setiap hari. Diharap tutorial ini dapat membantu anda.

Perniagaan Internet dengan memulakan bisnes ebook sendiri

Memulakan perniagaan internet sebenarnya amatlah mudah dilakukan tetapi kenapakah masih ramai yang keliru dan gagal mendapat hatta sesen pun darinya ? Saya juga menjual ebook tetapi bukan dari niche internet marketing dan alhamdulillah, setiap hari saya mampu menjana sehingga 3-5 sales bergantung kepada permintaan semasa.

Untuk setiap ebook, saya letakkan harga yang medium iaitu RM30 sahaja, kerana

1. Harga mahal masih lagi dipertikaikan oleh pembeli lebih-lebih lagi jika ianya adalah ebook

2. RM30 adalah harga mampu milik oleh semua orang, tidak kiralah sudah bekerja atau tak bekerja

3. Keuntungan bersih dari RM30 adalah sesuatu yang sangat menggembirakan

Tajuk apa ? Syyy..rahsia

Kenapa boleh terjual dan kenapa sesetengah ebook sukar dijual ? kena faham niche tu, barulah kita dapat meyakinkan orang untuk beli

posting seterusnya, saya akan kongsi beberapa ebook hebat yang wajib dimiliki , at least kalau belum pasang lagi cita-cita nak bergelar jutawan internet, kena ada dulu ebook2 ni untuk ‘Home Study’ …

Salam sayang dari Saya…;)

Taktik meletakkan link untuk blog perniagaan internet

Mungkin anda sudah pening dan tidak tahu bagaimana untuk menaikkan SERP dan PR blog anda, namun apabila anda berjaya link dengan laman-laman web di bawah ini, maka anda akan dapat melihat perubahan ketara pada kedudukan dan PR blog anda. Boleh mencubanya sekarang. Adalah lebih berkuasa jika anda menggunakan Blogposter di mana anda boleh mencipta satu script khas untuk mengautomisasikan setiap task di bawah.

Blinkbits.com
Blogmarks.net
Bookmark-manager.com
Chipmark.com
Clipmarks.com
Connectedy.com
Digg.com
Dzone.com
Feedmarker.com
Furl.net
I89.us
Indiamarks.com
Jots.com
Linkagogo.com
Linkatopia.com
Ma.gnolia.com
Metafilter.com
Nachoo.com
Rawsugar.com
Reddit.com
Stumbleupon.com
Saysaid.com
Shadows.com
Shoutwire.com
Simpy.com
Sphere.com
Spurl.net
Squidoo.com
Techtagg.com

Mula perniagaan internet (part 2)

Assalamualaikum wbt,

Ok, kita sambung part 2, bagaimana untuk menentukan samada sesuatu niche itu menguntungkan atau tidak ? Mudah sahaja, kita akan lihat pada demand untuknya. Kenapa ?

Ya, mungkin anda pernah terfikir untuk menulis sebuah ebook berkenaan Rahsia-rahsia membela kucing comel dan ingin dijual pada harga RM15 senaskah menerusi internet. Ini bermakna RM15 itulah yang akan menjadi keuntungan bersih anda. Anda pun mula membeli buku-buku kucing comel yang berlambak-lambak di kedai buku. Anda baca semuanya dan mengambil masa hampir 3 bulan untuk menghasilkan karya anda sendiri. Anda pun mula mereka bentuk Cover ebook pula, hampir seminggu lebih. Kemudian menyewa hosting + domain berjumlah RM100 setahun. Setelah siap semuanya anda pun mengupload bahan-bahan untuk pemasaran dan mula menulis surat jualan. Setelah semuanya siap ( kira-kira 4 bulan ), anda pun mula menunggu pelanggan membeli ebook tersebut.

Tunggu punya tunggu….hari berselang hari, masih kosong. Seminggu, masih kosong. Sebulan, masih kosong. Namun anda belum putus asa, anda meletakkan pula iklan di akhbar tabloid untuk mengharapkan orang melihat iklan laman web anda. Yes, ada orang menghantar email kepada anda bertanyakan produk itu. Setelah panjang lebar anda terangkan, prospek itu pun faham dan ingin membeli. Anda pun menerangkan kaedah-kaedah pembayaran dan prospek pun membeli dengan harga RM15…Anda menunggu hari-hari seterusnya namun setelah cukup sebulan, tiada pembeli yang datang membeli di laman web anda.

Jadi setelah hampir 5 bulan beroperasi, anda mampu membuat satu jualan berjumlah RM15, mengeluarkan wang untuk iklan surat khabar berjumlah RM120, membayar hosting +domain berjumlah RM100, membayar streamyx dan elektrik, hampir RM70

Jadi setelah anda berbelanja hampir RM 290 , anda hanya mampu membuat satu jualan bernilai RM15 sahaja setelah 5 bulan beroperasi.. Persoalannya adakah ini sesuatu yang menguntungkan ? Adakah anda ingin meneruskan perjuangan internet itu ?

Ok..jawapannya ya dan tidak….

ikuti posting saya yang seterusnya dan mari kita buat sedikit analisis ringkas tentang model perniagaan internet di atas dan membuat sedikit SWOT analysis ke atasnya

Bye

Memulakan perniagaan internet dengan mudah

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Ramai yang masih keliru..bagaimanakah cara yang paling mudah untuk memulakan perniagaan internet dengan mudah. Jadi  perkataan mudah di situ sepatutnya ditukar kepada : berjaya

Tiada perkataan mudah dalam bisnes. Tanyalah sesiapapun, tiada jalan mudah untuk berjaya. Semuanya memerlukan usaha dan komitmen serta bertawakkal kepada Allah mudah-mudahan ia berjaya.

Terdapat banyak model perniagaan internet, salah satu yang saya minati ialah perniagaan internet bermodelkan produk sendiri. Jadi apakah produk yang paling sesuai diniagakan di internet ? Jawapannya produk digital, samaada dalam bentuk ebook atau perisian.

Namun begitu, tidak semua produk digital boleh dijual di internet kerana walaupun produk digital mudah untuk dihasilkan dan mudah dihantar tetapi idea ini akan cepat tersebar kepada orang lain. Apabila ini berlaku, maka berlakulah peperangan sengit di mana dalam sekelip mata sahaja akan muncul berpuluh-puluh penjual lagi yang menjual produk yang sama atau produk yang ditawarkan adalah lebih baik daripada anda.

Produk ebook yang paling baik untuk dijual ialah produk yang tidak ‘time sensitive’ . Bermakna ia boleh dijual sepanjang tahun tanpa mengikut musim tertentu. Ianya berupa manual, panduan, how-to atau rahsia-rahsia yang mana, pasaran untuk ebook-ebook jenis ini amat luas dan pelbagai.

Sebelum menjual sebarang produk, kajian perlu dilakukan terlebih dahulu. Dan pada kebiasaannya, kita akan menggunakan konsep supply-demand. Produk yang baik dan berpotensi dijual sepanjang tahun ialah produk yang mempunyai supply yang rendah tetapi demandnya sangat tinggi.

Ini bermakna, jika anda ingin menjual sebuah ebook bertajuk ‘ Rahsia memikat wanita ‘ , anda wajib melakukan beberapa kajian dahulu bagi menentukan samaada ia boleh dijual atau tidak.

Untuk itu, pada posting seterusnya, saya akan menunjukkan bagaimanakah kita akan melakukan kajian ini dan menentukan samaada ia menguntungkan atau tidak.

Sila bookmark blog ini atau link kepada saya supaya anda dapat mengikuti tutorial ringkas menarik ini

Salam sayang dari saya..

My Zimbio
Top Stories Business blogs sabul Bleach Anime Online