Cakap tak serupa bikin dalam perniagaan MLM
Ada sorang kawan ni, tulis buku berdezup-dezup tentang MLM, perniagaan MLM dan entah apa-apa lagi tentang MLM tapi hakikatnya, beliau sendiri bukan pengamal MLM
Jadi, beliau menulis berdasarkan pengalaman orang lain dan orang lain membeli buku orang lain itu. Paham ? tak paham takpe sebab saya pun tak paham..hehe
Macam-macamlah rahsia,teknik,kaedah menjadi jutawan MLM tetapi tuan empunya diri masih dok takuk lama dan menulis aje yang boleh dibuat
MLM bukan hanya menulis dan mencari prospek
MLM bukanlan menghantar email-email SPAM dan jana jualan
dan of course bukan hanya menulis buku sahaja..
Jadi nasihat saya, menulis tu menulis juga tapi sekali-sekala tanyalah dan jenguklah pembaca-pembaca buku anda dan jangan syok sendiri..syok sendiri = rasa sedap sorang-sorang dan budget diminati ramai orang
Buatlah satu komuniti online ( kan terer internet, buatlah satu ) dan berbincanglah dengan klien buku anda, tanya masalah diorang, share suka duka MLM tu, jangan dok tulis buku tulis buku aje sedangkan pembeli tak mampu buat hatta sesen pun dari MLM…
Tulis buku berdozen-dozen tentang jutawan itu dan ini tapi tuan empunya diri, duit makan bulan-bulan pun sakit..apa cerita ?
Moralnya : Walk the talk dan jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri …..hehe


Jutawan
Buat Duit