Adakah Google Arbitrage dianggap satu perniagaan atau perjudian ?
Assalamualaikum wbt,
Bersempena dengan pesta saya menguji model Google Arbitrage untuk bulan ini, sudi saya berkongsi sesuatu dengan bloggers semua… ada yang bertanya, adakah Arbitrage dianggap satu perniagaan ?
Perniagaan melibatkan transaksi wang dari pembeli kepada penjual, melibatkan produk atau servis dan mestilah SAH berdaftar dengan pihak berkuasa.
Arbitrage pula merujuk kepada aktiviti perolehan pendapatan tambahan kedua menerusi pendapatan dari bilangan klik yang kita perolehi. Menggunakan Pay Per Click untuk menghantar trafik dan menjana wang apabila pelawat klik pada iklan-iklan adwords di blog/web anda. Masih melibatkan wang tetapi adakah ia dianggap satu perjudian ?
Berjudi adalah haram dan melibatkan aktiviti yang malas berusaha dan bergantung kepada nasib. Sedangkan Arbitrage memerlukan daya usaha dan strategi yang betul, jika salah maka berlakulah kerugian.
Apa-apa pun, dalam dunia internet, ianya ibarat roda. Sekejap dibawah sekejap di atas, sekejap untung sekejap rugi. Jadi peranan kita adalah untuk memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kerugian.
Perniagaan juga sama, adakalanya kita rugi dan adakalanya kita untung.. Yang menentukan adalah diri kita sendiri.
Saya menganggap Arbitrage sebagai satu mekanisme mempelajari selok belok PPC sebagai medium pengiklanan dan medium pemasaran yang berkesan. Terpaksa belajar setiap aspek dan meneliti setiap pembolehubah yang ada. Memang memakan masa namun jika dilakukan dengan betul, InsyaAllah berjaya.
Saya masih lagi tidak memasuki Zon Arbitrage , dan masih menggunakan Trafik Percuma…


Jutawan
Buat Duit