Perniagaan internet model ‘Pok Kor Hangguk’
Jeng jeng jeng..cuba anda lihat Pok Kor ini..maaflah jika ada orang tidak mengenali apa tu Pok Kor..ianya istilah bahasa kelantan yang membawa maksud ‘Sesumpah’
![]()
Jadi apa kena mengena Pok Kor dengan perniagaan internet ? semuanya…pertama sekali, jom kita kaji sifat sesumpah atau pok kor ni…apakah sifat pok kor yang paling ‘menonjol’ ?
Ya, mengangguk ….. sesumpah sifatnya mengangguk..jadi ahli perniagaan internet model pok kor angguk ialah ahli perniagaan internet yang tahu bersetuju sahaja dengan mentor atau tok guru mereka dan rasa takut-takut untuk meluahkan pendapat… Dengan kata lain, inilah golongan YES BOSS …
Kalau tok guru cakap A, dia tibai A…lansung tak pakai B,C ,D dan seterusnya
Dan ehem ehem, kita tahu ’strategi dalaman tu’…sekilas ikan di air, sudah ku tahu jantan betinanya… dan kenapa strategi sebegitu dijalankan…yang naif dan lurus bendul, macam biasalah jadi Pok Kor Angguk…
Yang unik dan suka cara sendiri akan terus ikut cara sendiri yang ternyata lebih best dan mendapat pulangan…Geng Pok Kor Hangguk ? Ya, geng-geng Pok Kor ini yang lurus bendul tidak mampu berfikir dengan jelas dan hanya menurut sahaja…
Bukan bodoh kerana majoriti ada degree..pelik kan ? Bila dah jadi Pok Kor Hangguk, buat ayat-ayat ‘mengancam’ dan hebat-hebat tapi hakikatnya, ore kelate ghoyak ‘ Ambo Tak Debar Lasong’
Pok Kor hangguk, kalau tok guru Pok Kor suruh beli ebook A, dia beli
Kalu Tok Guru suruh buat ABC, dia buat ABC
Last-last, geng-geng Pok Kor Hangguk kering duit poket kerana asyik dok belajar perniagaan internet tapi bukan buat duit tapi buang duit….Plan asalnya nak buat duit tapi lain pulak jadinya, jadi plan buang duit
Jadi, usahlah jadi Pok Kor Hangguk lagi dan hanya tahu Hangguk…Jadilah diri sendiri dan ada kekuatan diri sendiri, tanpa bergantung kepada orang lain sangat
Oh ya, posting ini bukanlah spesifik saya tujukan kepada sesiapa tetapi ia berlaku kepada diri saya sendiri tahun lepas…saya ada ler join ni, satu program e-commerce no 1 di malaysia ke hape..opss nama tak boleh beritahu lah, kang ramai orang-orang ‘empayar e-commerce’ ni serbu saya pulak..
Yang bestnya, dengar bengkel diorang dan tunjukkan jutawan-jutawan kat situ, ada ler sorang hamba Allah ni tanya soalan kat salah seorang jutawan-jutawan ni….salah seorang jutawan bersuara, jangan pikir susah pikir senang..tak payah buat website, cukup ada no telefon, pandai menaip dan boleh ke sana ke sini secara fleksibel..
Aik ? so saya pun dengan beraninya tanya, bagaimana jutawan-jutawan ‘e-commerce’ ni buat promosi…yang tadi pun jawab ler dengan tanpa segan silunya :
Bukak MS WORD —> Copy n Paste Ayat2 ‘Mentor’ —> Tukar nama, no telefon —> fotostat —-> Tahu konsert Sure Heboh ? Jom heboh ?
Ok pandai … ( masa dia cakap tu, dah ada 2,3 orang tak senang duduk dah, menyampah sangat )
lepas kita dah buat tu, kita print satu..fotostat..dan letak kat wiper kereta orang yang datang..mudah kan nak jadi jutawan ni ? tapi majoriti kita-kita ni malas berusaha dan lebih suka join skim cepa kaya ( pandai pulak cover line )
Ok, saya kasar bahasa sket boleh ? APA KEJADAHNYA BUAT E-COMMERCE kalau kerjanya
copy n paste —> fotostat —-> spam orang ( nama e-commerce tapi yang lebih kelakar, sorang akak senior ni email pun tak ada, sebut email yahoo terkebil-kebil tapi buat e-commerce )
inilah golongan yang saya sebut POK KOR ..pakai kereta besar-besar pun kalau hasil tu dari sakit hati orang lain, orang dok kutuk belakang…pakailah BMW ke Merce ke…melainkan apa ?
POK KOR
Posting seterusnya : Usahawan Koyal


Jutawan
Buat Duit
kalau minum kopi angguk bagus gak kan???
siap ada iklan kat tv…jangan marah… gurau2 je..