Perniagaan internet yang paling baik
Mungkin setiap orang mempunyai pandangan berbeza tentang pendapat ini tetapi bagi saya, perniagaan internet yang paling baik ialah perniagaan yang di luar linkungan ‘perniagaan internet’ sendiri. Maksudnya, untuk anda benar-benar merasa wang daripada ilmu yang telah dipelajari selama ini menerusi internet adalah mengaplikasikannya ke dalam niche lain selain niche ‘cara-cara buat duit’.
Ini kerana, bab ‘cari duit menerusi internet’ sudahpun banyak dibincangkan di mana-mana dan sudah terlalu saturated. Melainkan anda sudahpun membina kredibiliti dan sudahpun ada customer base yang kukuh, yang setiap hari datang kepada anda untuk menuntut sebarang ilmu.
Contohnya : niche percintaan
Jika dilihat, setakat ini negara kita belum lagi melahirkan usahawan internet yang benar-benar mempelopori niche tersebut. Berita baik untuk semua orang kerana ini menandakan bahawa masih ada ruang untuk anda mendominasi niche tersebut. Bandingkan dengan niche menjual produk-produk prepaid, skim-skim cepat kaya, cara-cara buat duit dan sebagainya yang rata-rata berlakunya perlumbaan sengit antara mereka.
Jika persaingan kurang maka anda tidak pening kepala. At least anda dapat memfokuskan usaha utama anda hanya kepada niche dan perniagaan anda sahaja dan tidak perlu pening kepala setiap hari memikirkan cara-cara pemasarannya.
Saya masih berpegang kepada prinsip ‘visibility’ di mana anda mendominasi laman pertama di Google dan Yahoo…Bagi saya, inilah sebenarnya rahsia yang paling ramai orang tahu tapi paling sedikit orang mengaplikasikannya…
Ramai yang mengejar quick fixes dan cara-cara lain dan lebih cepat untuk mendapatkan trafik.Hasilnya, hampir 80% masa dihabiskan hanya untuk menjana trafik sedangkan masa itu sepatutnya digunakan untuk memperkasakan produk dan membantu klien yang sedia ada.
Menjawab persoalan sebelum ini, apakah perniagaan internet paling baik…ianya adalah perniagaan yang orang lain tidak ceburi, itulah yang paling baik.


Jutawan
Buat Duit