Rahsia 10k sebulan dari perniagaan internet?
Assalamualaikum wbt,
Gobala Krishnan baru sahaja mengumumkan target pencapaiannya iaitu $10k
bermakna samalah dengan hampir RM35 k sebulan
Saya pernah alami 10k sebulan dan percayalah ianya satu perasaan yang sukar untuk digambarkan…
Sebelum ini, saya tidak mampu lagi mendapat sebanyak itu tetapi tahun ini, Alhamdulillah dengan izin Allah dan berkat kerja keras saya selama in menyediakan bahan dan membuat preparation, ianya tercapai.
Itulah keindahan pemasaran internet, ianya tiada sempadan dan tiada had tetapi ramai yang lebih suka menyertai Skim Cepat Kaya dan berharap supaya wang datang seperti air … itulah yang mengundang bala dan mencemarkan industri pemasaran internet di Malaysia.
Saya masih ingat zaman-zaman belajar, time tu tengah HOT CNI, AMYWAY, PREPAID, LUXOR …betapa saya telah banyak menghabiskan masa dan wang semata-mata mengejar kekayaan… Realitinya, saya tidak pernah earn hatta sesen pun daripada syarikat-syarikat tersebut… Jiwa saya bukan jiwa MLM… Jiwa saya jiwa sentimental kot..Tetapi, keadaan berubah dengan satu idea hebat
idea yang memang cukup payah untuk saya hasilkan dan memakan masa dan memerlukan banyak testing dan tracking…namun saya tidak kisah, apa apa pun jikalau menjadi, itu dikira satu rahmat..
Menjual produk sendiri adalah salah satu kepakaran yang perlu dipelajari…di Wangcyber sendiri, hampir majoriti ahli yang membuat duit adalah hasil daripada jualan produk sendiri…
Dan ada beberapa produk outstanding di WC yang saya sendiri nampak very profitable dan sangat tinggi potensi jualan seperti produk Sham iaitu Cover Ebook… Buat masa ini, Sham belum lagi menawarkan Resell Right untuk produk tersebut tetapi saya amat berharap beliau menawarkannya…
Kehebatan produk tersebut adalah pada kandungannya dan script di dalamnya…. Saya perasan sejak tahun lepas lagi, bagaimana untuk hasilkan ecover dengan cepat dan jimat masa atau menjual HOW-TO membuat seni reka grafik utk Ebook tetapi sangat mahal harganya ketika itu… Dan idea itu terkubur begitu sahaja lantaran terlalu sibuk memikirkan idea-idea lain untuk berbisnes… Saya sendiri berpuas hati setelah menggunakan produk tersebut, harga RM20 adalah terlalu murah jika dibandingkan dengan manfaat yang ada di dalamnya..
Di WC juga memang ramai designers2 yang membuat duit menerusi rekaan grafik, dan memang power-power hasil rekaan masing2…
Terima kasih kepada ahli-ahli WC yang terlibat secara lansung dan tidak lansung mendidik saya di sana, dari tak tahu apa itu hosting dan domain sehinggalah bergiat dalam Arbitrage… Jika tiada sokongan dari kawan-kawan di sana dan tanpa teguran serta nasihat yang berguna, saya rasa agak payahlah sikit…
Syukur….walaupun saya tidak reti-reti lagi untuk menembusi market antarabangsa, at least market tempatan pun sebenarnya mempunyai banyak lagi cabang-cabang kemewahan, kepada yang tahu mencari dan berusaha ke arahnya…
Saya sedang dalam research satu niche, mungkin profitable dan mungkin tidak tetapi belum ada lagi yang optimize sepenuhnya untuk conquer niche tersebut.. Alangkah seronoknya kalau saya mencapainya terlebih dahulu…
Saya masih yakin dengan model buat ebook dan jual pada pasaran tempatan dan saya rasa selesa mengusahakan perniagaan seperti itu… walaupun memakan masa dan membutuhkan usaha, komitmen dan keberanian, ianya membuahkan hasil… Di harap akan launch satu lagi produk digital di luar skop pemasaran internet kerana niche lain masih banyak lagi yang belum di TAP sepenuhnya oleh orang tempatan…
Kita sama-sama berusaha demi kejayaan mendatang…


Jutawan
Buat Duit