Memulakan perniagaan internet dengan mudah
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,
Ramai yang masih keliru..bagaimanakah cara yang paling mudah untuk memulakan perniagaan internet dengan mudah. Jadi perkataan mudah di situ sepatutnya ditukar kepada : berjaya
Tiada perkataan mudah dalam bisnes. Tanyalah sesiapapun, tiada jalan mudah untuk berjaya. Semuanya memerlukan usaha dan komitmen serta bertawakkal kepada Allah mudah-mudahan ia berjaya.
Terdapat banyak model perniagaan internet, salah satu yang saya minati ialah perniagaan internet bermodelkan produk sendiri. Jadi apakah produk yang paling sesuai diniagakan di internet ? Jawapannya produk digital, samaada dalam bentuk ebook atau perisian.
Namun begitu, tidak semua produk digital boleh dijual di internet kerana walaupun produk digital mudah untuk dihasilkan dan mudah dihantar tetapi idea ini akan cepat tersebar kepada orang lain. Apabila ini berlaku, maka berlakulah peperangan sengit di mana dalam sekelip mata sahaja akan muncul berpuluh-puluh penjual lagi yang menjual produk yang sama atau produk yang ditawarkan adalah lebih baik daripada anda.
Produk ebook yang paling baik untuk dijual ialah produk yang tidak ‘time sensitive’ . Bermakna ia boleh dijual sepanjang tahun tanpa mengikut musim tertentu. Ianya berupa manual, panduan, how-to atau rahsia-rahsia yang mana, pasaran untuk ebook-ebook jenis ini amat luas dan pelbagai.
Sebelum menjual sebarang produk, kajian perlu dilakukan terlebih dahulu. Dan pada kebiasaannya, kita akan menggunakan konsep supply-demand. Produk yang baik dan berpotensi dijual sepanjang tahun ialah produk yang mempunyai supply yang rendah tetapi demandnya sangat tinggi.
Ini bermakna, jika anda ingin menjual sebuah ebook bertajuk ‘ Rahsia memikat wanita ‘ , anda wajib melakukan beberapa kajian dahulu bagi menentukan samaada ia boleh dijual atau tidak.
Untuk itu, pada posting seterusnya, saya akan menunjukkan bagaimanakah kita akan melakukan kajian ini dan menentukan samaada ia menguntungkan atau tidak.
Sila bookmark blog ini atau link kepada saya supaya anda dapat mengikuti tutorial ringkas menarik ini
Salam sayang dari saya..


Jutawan
Buat Duit