Menjalankan perniagaan sambil bekerja…Cabarannya..
Assalamualaikum wbt
Saya terpanggil untuk menulis berkenaan hal ini kerana saya juga adalah kategori semi-entrepenuer. Memang mencabar rasanya, bekerja sambil berniaga, lebih-lebih lagi di usia yang masih muda dan masih hijau umur. Kedua-duanya memang memang memerlukan saya membahagikan masa dengan bijak dan membuat budget dengan teliti setiap bulan. Tetapi mujurlah, saya memang sukakan internet.
Saya masih ingat ketika kecil dulu, hadiah UPSR yang amat saya inginkan adalah sebuah PC , berjenama apple ( saya dah tak ingat model apa ) yang saya ingat , model itu ada sepasang speaker di tepi monitor.. Punyalah merajuk sebab permintaan saya tak ditunaikan, habis almari diconteng ( lukis sebuah PC besar2 kat almari sebab mogok tak dapat hadiah tu ) …
Bila teringat balik rasa kelakar pulak , tapi mungkin inilah orang kat sebab-akibat…dan minat… Oleh kerana minatlah saya sanggup berhabisan demi PC dan internet, kadangkala duit tu macam kertas aje…Dalam hati, saya kuatkan semangat jugak, mengatakan ia adalah pelaburan/investment…
Sama juga, ketika ke MPH untuk beli buku, kadangkala kerana ilmu kita tak hirau dah belanja banyak mana asalkan tercapai apa yang kita nak, kan ? Teringat pula pada Abang X dan Score-A program…dan teringat pulak mak di kampung yang baru sahaja membeli satu set ensiklopedia ( betul ke eja tu ) lengkap Grolier,…
Tengok harga pun dah RM2000 lebih, dalam hati saya berkata ‘ Pergh, berapalah agaknya salesman tu dapat komisen yer ? ‘ Rasa rugi pulak tak join Grolier masa praktikal mengajar di Rusila dulu, rasanya paling hancing pun RM500 lebih tu…
Dan begitulah, peluang datang dan pergi…datang dan pergi ibarat angin….ibarat sebuah keretapi yang berhenti setiap kali sampai di stesennya, kemudian keretapi tersebut akan teruskan kembali perjalanan.
Apakah cabaran bekerja sambil berniaga
Rasanya cabaran utama adalah untuk berlaku adil kepada keduanya, tidak berat sebelah…Saya biasa tengok, orang yang bekerja makan gaji tapi menggunakan peralatan-peralatan kerajaan macam harta perniagaannya, guna PC,guna Fax , guna printer… Macam daif sangat ke sampai tak boleh pakai kelengkapan2 tu sendiri, sampaikan harta-harta kerajaan turut menjadi korban. Bisnes maju tapi on the same time, rakan sekerja dan boss pun tak berapa suka sebab kit meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya kan…Itu belum masuk berhutang dengan rakan sepejabat kerana nak uruskan perniagaan, tidak masuk lagi yang masuk keja lewat kerana terpaksa hantar sayur dulu ke kedai, dan banyak lagilah…malah ada yang sanggup balik ke rumah semasa waktu rehat untuk menyiram bunga bonsai kesayangan, yang bakal dijual.
Tapi ada juga yang saya respek…nantilah kat posting seterusnya, kita sama-sama sharing..


Jutawan
Buat Duit
Saya pun menjalankan perniagaan internet secara sambilan je.Saya ‘terpaksa’ gunakan masa kerja untuk uruskan pesanan. Tapi pada saya lebih elok dari saya duduk di pejabat tetapi tidak ada kerja yang boleh saya buat. Daripada buat taik mata di depan pc sebab mengantuk tak tau nak buat apa, lebih baik saya berniaga secara online.Tapi takdelah sampai masuk lewat, balik rumah dan lain-lain lagi. Cuma mungkin saya ambil masa terluang tu untuk uruskan perniagaan.Saya pulak tidak ada internet di rumah dan ianya merupakan satu cabaran untuk saya
Memang minat betul dengan komputer ye.