Ya Allah, 2 minggu tak posting lansung ?
Akums kawan-kawan,
Mak aih, cuti 2 minggu memang cuti betul2 ni kat rumah…. bahaya betul…. di kelate, aku dok di Bachok….Carilah dalam peta kelantan, nama kampung aku memang takde dalam tu… Kg Padang Salim…
Satu cabaran utama masa cuti ni ialah : Malas
dan satu lagi, tak dapat online so 2 minggu ni kalo kat dalam matrix memang dah lama aku kena hijack dengan geng-geng orang jahat sebab tak online
Klien terpaksa SMS dan tepon aje, email bertimbun tak balas…Arghhh…
Tapi, bulan lepas adalah bulan manis buat diriku… Jualan meningkat, sudah lepas target 10k ….teringat pesan kawan2 di WC dan zul yang bersusah payah tolong aspek teknikal…shuth pula banyak memberi inspirasi dalam dunia siber, jika dulunya offline…hadirnya WC, ianya sangat membantu..Nak siapkan video + ebook tambahan untuk klien dan menjawab soalan2 klien, rupanya lagu ni org berniaga….patutlah jarang nak lekat di rumah dan suka ‘mikir’
Tapi aku tak boleh stop here, perjuangan mesti terus ….. sampai bila nak makan gaji…. aku suka mengajar tapi ada semacam satu lagi perasan yang cenderung ke arah keusahawanan…. aku mahu terokai dunia yang satu lagi…
aku mahu jadi alang …
aku tengok, model cam alang adalah yang paling tak sakit kepala …. entahlah, lama-kelamaan tercapai satu titik di mana kita nak cuba benda lain …. buat direktori dan maintain blog yang ‘rare’ tapi bagaimana ? adakah aku ni ‘rare’ ? sape yang nak dengar atau lihat penulisan aku ? atau aku mesti capai satu tahap dulu, mesti mencapai certain age dan otak aku perlukan lebih tekanan dan kena banyak belajar lagi ?
aku nak jadi macam john reese, mula dari kecik online dan sudah berbisnes dari awal, tak berhenti, pernah rugi besar dalam bisnes online dan bangkit semula, dapat jual trafficsecrets.com dan dapat pulangan juta2…kerana satu perkara mungkin… Keyakinan…yakin
aku rasa kalo aku tak yakin, mesti aku down dan fail punya..sama macam MLM yang aku join dulu, semua hampeh dan semua adalah kegagalan
aku tanak gagal lagi….


Jutawan
Buat Duit